PENGENALAN KEPADA INTERNET (PERMOHONAN MAIDAM PENDIDIKAN)
TARIKH : 6 NOVEMBER 2022 MASA : 11:00 PG - 1:00 TGH LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : 2 ORANG KATEGORI :LEPASAN SEKOLAH |
Tujuan
- Memberi tunjuk ajar kepada lepasan sekolah iaitu bakal mahasiswi untuk mengisi permohonan Maidam pendidikan di atas talian.
Aktiviti
- Bakal mahasiswi tersebut terlebih dahulu membuka lawan sesawang https://ypmaidam.my dan mengisi maklumat diri yang berkaitan. Kemudian setelah semua maklumat diisi, mereka hendaklah memuatnaik semua dokumen sokongan yang diminta dan menghantar permohonan tersebut.
LATIHAN KEUSAHAWANAN (SETUP APLIKASI TIKTOK)
TARIKH : 16 NOVEMBER 2022 MASA : 10:00 PG - 12:00 TGH LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : 1 ORANG KATEGORI : USAHAWAN |
Tujuan
- Mengajar usahawan untuk setup kedai atas talian tiktok shop.
Aktiviti
- Usahawan dilatih oleh Rakan Digital untuk membuka akaun tiktok shop terlebih dahulu. kemudian usahawan tersebut diajar untuk setup jenis barang dan senarai barang yang ingin dijual. Barang-barang tersebut dikategorikan mengikut produk.
PENGENALAN KEPADA INTERNET (SEBENARNYA.MY)
TARIKH : 11 NOVEMBER 2022 MASA : 2:00 PTG - 4:00 PTG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : 4 ORANG KATEGORI : PELAJAR SEK REN |
Tujuan
- Mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan maklumat yang sahih dan tepat.
Aktiviti
- Pelajar membuka portal rasmi sebenarnya.my kemudian melihat dengan teliti segala penerangan yang dipaparkan. Portal tersebut menerangkan bahawa segala maklumat yang tidak sahih tidak seharusnya dikongsi di laman medial sosial. pelajar perlu menyemak terlebih dahulu segala maklumat yang viral di portal sebenarnya.my.
E-PEMBELAJARAN (TYPING ONLINE)
TARIKH : 11 NOVEMBER 2022 MASA : 11:00 TGH - 1:00 PTG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : 4 ORANG KATEGORI : PELAJAR SEK REN |
Tujuan
- Melatih pelajar melalui e-pembelajaran untuk menaip menaip menggunakan aplikasi typing online.
Aktiviti
- Pelajar menggunakan aplikasi typing online untuk belajar menaip pantas.
PENGENALAN KEPADA PERKAKASAN (PENGENALAN PERKAKASAN)
TARIKH : 11 NOVEMBER 2022 MASA : 4:00 PTG - 6:00 PTG LOKASI : PEDi KG PANTAI PESERTA : 4 ORANG KATEGORI : PELAJAR SEK REN |
Tujuan
- Mendidik pelajar sekolah mengenalpasti perkakasan komputer. contohnya seperti, papan kekunci, tetikus, serta monitor dan sebagainya.
Aktiviti
- Pelajar didedahkan dengan jenis perkakasan komputer, kemudian cuba menjawab soalan yang berkaitan perkakasan komputer.