Lokasi PEDi Kg Pantai
Alamat : Balairaya Kg Pantai, 22300 Kuala Besut, Terengganu.
PEDi Kg Pantai merupakan sebuah Training Centre yang terletak di Pekan Kuala Besut, Pekan tumpuan pelancongan dari seluruh dunia yang ingin ke Pulau Perhentian. PEDi Kg Pantai terletak pada lokasi yang strategik memudahkan pengunjung tempatan atau luar untuk ke sini dan menggunakan perkhidmatan yang disediakan. PEDi Kg Pantai terletak 400 Meter dari Jeti Kuala Besut.
Kuala Besut adalah sebuah mukim yang terletak di dalam daerah besut. Daerah besut merupakan satu daerah daripada tujuh daerah didalam Negeri Terengganu. Ianya merupakan pintu masuk Negeri Terengganu dan bersempadan dengan Negeri Kelantan. Luas Daerah Besut adalah 123,3678 hektar iaitu kira-kira 9.52%daripada keluasan negeri Terengganu. Daerah Besut mempunyai anggaran penduduk seramai140.891 orang iaitu ketiga teramai bagi negeri Terengganu. Kuala besut sebelumnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian utaraTerengganu di Malaysia, terletak antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu.
Demografi Penduduk Kg Pantai
Jumlah Rumah | 177 Orang |
Jumlah Penduduk Perempuan | 465 Orang |
Jumlah Penduduk Lelaki | 308 Orang |
Jumlah Keseluruhan Penduduk | 773 Orang |
Populasi Penduduk Mengikut Umur
Pecahan Umur | Jumlah |
65 Tahun Keatas | 73 Orang |
40-46 Tahun | 100 Orang |
21-40 Tahun | 190 Orang |
13-20 Tahun | 180 Orang |
7-12 Tahun | 115 Orang |
Bawah 7 Tahun | 115 Orang |
Jumlah Penduduk Kg Pantai |
773 Orang |
Populasi Penduduk Mengikut Kategori
Kategori | Bilangan |
Belia | 180 Orang |
Dewasa | 290 Orang |
Warga Emas | 70 Orang |
Ibu Tunggal | 24 Orang |
Komposisi Penduduk Mengikut Etnik
Etnik | Peratusan |
Melayu | 98% |
Cina | 1% |
Lain-lain | 1% |
Komposisi Penduduk mengikut Pekerjaan
Jenis Pekerjaan | Peratusan |
Berniaga | 50% |
Cina | 40% |
Kakitangan Kerajaan/swasta | 10% |
Komposisi Penduduk Seisi Rumah
Kumpulan |
Bilangan Keluarga |
< Rm 750 | 28 |
RM 750 - RM 1500 | 99 |
RM 1501- RM 3000 | 50 |
> RM 3000 | 10 |
Sumber : Pejabat Khidmat Masyarakat Dun Kuala Besut