LATIHAN E-PEMBELAJARAN ( APLIKASI YOUTUBE )

TARIKH          : 04 APRIL 2022

MASA             : 10:00 PG - 12:00 TGHR

LOKASI          : PEDi KG PANTAI

PESERTA       : 3 ORANG

KATEGORI     : WARGA EMAS

 

Tujuan

  • Memberi penerangan tentang aplikasi Youtube. Peserta dibimbing untuk menggunakan aplikasi tersebut. Petugas melatih pelajar untuk  mahir menggunakan aplikasi Youtube iaitu cara mencari sesuatu bahan di dalam Youtube dan menontonnya.

 

Aktiviti

  • Membuat penyediaan untuk menaip dan mengetahui apa yang dicari dan ingin ditonton di dalam aplikasi Youtube. Peserta mempraktikkan cara penggunaan aplikasi tersebut. Petugas memastikan peserta memahami sepenuhnya ketika sesi pengajaran dijalankan.

 

Gambar Disini

 


 

LATIHAN E-PEMBELAJARAN (APLIKASI PUZZLE ONLINE )

TARIKH          : 17 MAC 2022

MASA             : 04:00 PTG - 05:00 PTG

LOKASI          : PEDi KG PANTAI

PESERTA       : 3 ORANG

KATEGORI     : PELAJAR SEK MEN & REN

 

Tujuan

  • Memberi penerangan pengenalan aplikasi puzzles online, membimbing pelajar menggunakan aplikasi tersebut, dapat menguji kecekapan minda menyiapkan susunan puzzles online dan melatih pelajar mahir menggunakan tetikus.

 

Aktiviti

  • Membuat penyediaan modul mengenai puzzle online yang sesuai untuk pelajar dan mempraktikkan cara penggunaan aplikasi puzzle online yang menarik.

 

Gambar Disini

 


 

  • LATIHAN ADVOKASI KAFETEEN BERSAMA LPPKN SECARA ONLINE

    TARIKH          : 10 MAC 2022

    MASA             : 10:00 PG - 12:00 TGHR

    LOKASI          : PEDi KG PANTAI

    PESERTA       : 4 ORANG

    KATEGORI     : BELIA & PELAJAR SEK MEN

 

Tujuan

  • Pihak LPPKN memberi pendedahan dan cuba menimbulkan kesedaran kepada para remaja tentang isu-isu semasa yang melibatkan para remaja kini. Tajuk yang disampaikan oleh penceramah iaitu Implikasi Kehamilan Remaja sesuai dengan peredaran zaman kemodenan dunia supaya tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral.

 

Aktiviti

  • Membuat persediaan kepada pelajar untuk menyertainya secara online melalui aplikasi Google Meet. Remaja diberikan ceramah tentang tajuk tersebut dan pada akhir sesi ceramah terdapat kuiz Wordwall untuk menentukan kefahaman para remaja yang menyertainya. Hadiah akan diberikan kepada remaja yang dapat menjawab semua soalan kuiz tersebut. Seterusnya, e-sijil akan diemelkan kepada para peserta sebagai penghargaan penyertaan program.

 

Gambar Disini

 


 

LATIHAN MULTIMEDIA ( REMOVE BACKGROUND )

TARIKH          : 17 MAC 2022

MASA             : 12:00 TGHR - 01:00 PTG

LOKASI          : PEDi KG PANTAI

PESERTA       : 3 ORANG

KATEGORI     : PELAJAR SEK MEN & REN

 

Tujuan

  • Memberi pendedahan kepada para pelajar untuk mengetahui laman web yang akan membantu mereka untuk membuang latar di setiap gambar dan juga memberi tunjuk ajar tentang cara-cara penggunaannya.

 

Aktiviti

  • Membuat penyediaan menghasilkan gambar tanpa latar belakang yang tidak cantik dan dapat menggantikan latar belakang yang baru. Hal ini akan membantu mereka dalam kerja- kerja mengedit latar belakang yang mengganggu gambar seterusnya menghasilkan gambar yang cantik.

 

Gambar Disini

 


 

  • LATIHAN PENGISIAN YAYASAN PENDIDIKAN MAIDAM

    TARIKH          : 12 MAC 2022

    MASA             : 02:00 PTG - 04:00 PTG

    LOKASI          : PEDi KG PANTAI

    PESERTA       : 1 ORANG

    KATEGORI     : BELIA

 

Tujuan

        • Memberi pengenalan kepada pelajar lepasan SPM tentang cara- cara mengisi permohonan bantuan Yayasan Pendidikan Maidam untuk mendapatkan bantuan lanjutan IPTA/IPTS secara dalam talian.
         

Aktiviti

      • Melatih pelajar untuk mengisi borang permohonan tersebut dengan betul.  Seterusnya, mendedahkan para pelajar tentang pengenalan Internet dalam mengisi sebarang borang pengajian. Petugas membantu para pelajar tersebut untuk memuatnaik semua dokumen sokongan yang diperlukan. Selepas tamat proses permohonan, borang perlu dicetak dengan pengawasan petugas.
       

Gambar Disini