AKTIVITI 1 TERBUKA PUSAT INTERNET & JAMUAN HARI RAYA
TARIKH: 06 JULAI 2018
MASA : 8.30 PG- 12.30 TGH
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG PANTAI
PESERTA : 154 ORANG
TUJUAN
Program ini dijalankan bertujuan untuk mengeratkan hubungan diantara komuniti setempat dengan petugas dan ia juga dapat mempromosikan pusat internet kepada penduduk serta penduduk di sekitar akan mengetahui lebih lanjut fungsi pusat internet kepada komuniti setempat.
AKTIVITI
Aktiviti yang diadakan adalah seperti musang berjanggut,puzzle online,mewarna dewasa,kahoot It,E-waste,Kuiz Asas Komputer dan mengenali aplikas dashboard komuniti kepada penduduk setempat
AKTIVITI 2 Progra Erezeki 12 Julai
TARIKH: 12 JULAI 2018
MASA : 10.00 PG- 1.00TGH
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG PANTAI
PESERTA : 2 ORANG
Tujuan
Memberi bimbingan kepada peserta untuk mencari rezeki melalui jurang digital yang diperkenal oleh MDEC melalui Erezeki
Aktiviti
Aktiviti yang dilatih kepada para peserta adalah mencari rezeki melalui 8coin.peserta erezeki akan dilatih untuk mendapat duit dalam 8coin yang telah didaftarkan melalui akaun masing-masing.
AKTIVITI 1 LATIHAN ASAS EREZEKI
TARIKH: 05 JUN2018
MASA : 9.00 PG- 1.00 PTG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG PANTAI
PESERTA : 2 ORANG
TUJUAN
Program eRezeki adalah berdasarkan konsep crowdsourcing, dengan tumpuan khusus diberikan kepada model berasaskan perkhidmatan. Program ini bertujuan untuk memberi manfaat terutamanya kepada golongan isi rumah berpendapatan rendah, dengan membuka peluang dan membolehkan mereka meraih peluang pendapatan menerusi kaedah digital. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://erezeki.my/ms/home-my/. Pihak MCMC dan MDEC telah bekerjasama untuk perlaksanaan Inisiatif E-Rezeki di PI1M Fasa Kedua. |
AKTIVITI
mempromosikan Inisiatif E-Rezeki kepada komuniti setempat serta menawarkan kursus/ tunjuk ajar kepada peserta E-Rezeki yang berminat dan membimbing peserta untuk mendaftar E-Rezeki.
AKTIVITI 2 LATIHAN DASHBOARD KOMUNITI
TARIKH: 07 JUN2018
MASA : 5.00 PTG- 6.00 PTG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG PANTAI
PESERTA : 10 ORANG
TUJUAN
Kursus ini diadakan adalah untuk memberi penerangan kepada peserta tentang aplikasi Dashboard Komuniti & Pertandingan Dashboard Komuniti 2018 serta hadiah yang bakal diperolehi.
AKTIVITI
Kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang aplikasi yang ada dalam dashboard komuniti.Peserta juga diberikan maklumat bagaiman untuk menggunakan aplikasi tersebutut seperti My shop,My Health,my komuniti,my soal dan My Place.Dengan pendedahan yang biberikan mengenai Dashboard Peserta akan dapat mengetahui apakah tujuan aplikasi ini dibuat dan kelebihan aplikasi dashboard ini. Peserta juga diberi taklimat pertandingan dashboard komuniti 2018.
AKTIVITI 6 LATIHAN MICROSOFT OFFICE PUBLISHER
TARIKH: 19 MEI 2018
MASA : 11.00 PG- 1.00 PTG
TEMPAT : PUSAT INTERNET 1MALAYSIA KG PANTAI
PESERTA : 5 ORANG
TUJUAN
Memberi bimbingan kepada peserta teknik dan cara menghasilkan kad ucapan/banner/postcard/kad perniagaan/calendar dan sebagainya. |
AKTIVITI
Dalam aplikasi ini, terdapat pelbagai menu/fungsi yang membolehkan peserta menghasilkan pelbagai rekabentuk template yang dikehendaki oleh peserta mengikut kreativiti masing-masing.