Nama Usahawan | Che Nurul Farah Ana Bt Che Razali |
Perniagaan |
Pakaian Kanak-Kanak |
Mula Berniaga |
2019 |
Lokasi Perniagaan |
Platform Facebook & Telegram |
No Telefon | 011-61065575 |
Beliau merupakan seorang usahawan Online yang mempromosi produk jualan beliau secara online iaitu melalui facebook, Telegram dan Instagram. Beliau meningkatkan promosi produk dan sentiasa membuat live untuk menjual produk beliau hampir setiap hari.Che Nurul Farah Ana Binti Che Razali mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak tahun 2019. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara kecil-kecilan dan tidak mempunyai banyak barang kerana kekurangan modal dan tidak mempromosikan kedainya di media sosial. Kini, beliau telah mula menambah modal dan mempunyai banyak stok pakaian kanak-kanak dan beliau telah mula membuat promosi dan jualan secara live di platform facebook.
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM50 – RM100 sahaja sebulan. Jualan beliau agak kurang memuaskan kerana tiada promosi di Laman Sosial.
Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PEDi Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual. Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 300 - RM 880.