USAHAWAN KECIL DALAM BIDANG IKS-CILI GILING
Nama |
:KARIMAHANI BINTI MAMAT |
Umur |
: 49 tahun |
Ahli |
: 2017 |
LATAR BELAKANG
Puan Karimahani mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan runcit sejak tahun 2014 lagi. Beliau membantu keluarga menambahkan pendapatan dengan mengusahakan perniagaan ini sehingga dikenali ramai dan perniagaan beliau telah maju. Beliau mempunyai sebuah kilang kecil berhampiran rumahnya untuk memproses cili giling.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM800– RM1000 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 60-150 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh kampung di Kuala Besut yang mana mereka mengetahui produk cili giling melalui facebook tersebut.Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1500 - RM 2500.
USAHAWAN ONLINE DALAM BIDANG KESIHATAN DAN KECANTIKAN
Nama |
:SHAIRAH BT OTHMAN |
Umur |
:32 Tahun |
Ahli |
: 2017 |
LATAR BELAKANG
Puan shairah telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan online pada awal tahun 2014
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM350 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM350 – RM1000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 40 orang.
CELIK IT - Muhammad Syakiram Daniel Bin Zamri
Nama |
: Muhammad Syakiram Daniel Bin Zamri |
Umur |
:11 Tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Muhammad Syakiram merupakan seorang pelajar sekolah rendah yang tinggal di Kg.Alor Jejawi. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI1M sejak awal tahun 2017.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau tidak mahir dan mempunyai pengetahuan asas sahaja tentang dunia ICT. Dia mula belajar menggunakan komputer seacra perlahan-lahan selepas kerap ke PI1M dan menyertai latihan asas komputer secara percuma.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI1M menggunakan komputer. Beliau telah menyertai beberapa kelas asas pengenalan komputer dan Microsoft office. Beliau tidak dapat mengikuti kelas dengan kerap kerana sebagai seorang pelajar dia tidak mempunyai masa dan hanya waktu cuti sekolah sahaja boleh hadir ke PI1M. Jika ada masa lapang dia akan ke PI1M untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah. Beliau telah menghadiri kelas Pengenalan asas komputer dan mengenal setiap fungsi perkakasan komputer. Selepas tamat latihan beliau telah mahir mengenal setiap perkakasan dan fungsi komputer.