USAHAWAN KECIL ONLINE-Menjual produk secara Online (Baju Blaus Wanita, Seluar Wanita, Barut Perut Baby& Cadar)
Nama |
:Che Nur Anis Binti Che Ya |
Umur |
: 25 tahun |
Ahli |
: 2018 |
LATAR BELAKANG
Cik Nurul Anis mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2016 lagi sejak tamat belajar.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM200 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5-13 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI1
Beliau telah menggunakan platform facebook/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh negeri negeri yang mana mereka mengetahui produk beliau melalaui facebook/Instagram tersebut.pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 200 - RM 600.
USAHAWAN KECIL ONLINE-Menjual Produk Surprise Delivery sekitar Besut
Nama |
: Nurul Nadia Binti Mohamed |
Umur |
: 30 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Puan Nurul Nadia telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada akhir tahun 2017
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM250 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10 – 12 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI1M Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM600 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 35 orang.
CELIK IT - Nor Laily Binti Abdul Rashid
Nama |
: Nor Laily Binti Abdul Rashid |
Umur |
: 32 Tahun |
Ahli |
: 2018 |
Latar belakang
Nor Laily Binti Abdul Rashid merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI1M. Dia telah mula menggunakan PI1M pada sejak penubuhan PI1M lagi. Kemudian, beliau ke UMT melanjutkan pelajaran dalam bidang Fizik.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Sejak beliau melanjutkan pelajaran ke UMT, beliau akan datang ke PI1M untuk menggunakan komputer untuk menyiapkan kerja kursus dan mencari bahan tentang pengajian beliau. Sebelum PI1M wujud, beliau seringkali mengalami masalah untuk menyiapkan kerja dan tugasan beliau. Beliau juga tidak mahir menggunakan beberapa aplikasi seperti Microsoft Office, Internet dan beberapa aplikasi lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI1M menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali balik ke kampung untuk menyiapkan tugasan, beliau akan ke PI1M untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas PI1M. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer. Selepas tamat belajar, beliau telah bekerja dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan sebagai hobi dan mengisi masa lapang. Beliau ke PI1M untuk mempelajari teknik pemasaran secara online menggunakan aplikasi Dashboard Komuniti.