USAHAWAN KECIL 1 MENJUAL BARANGAN KOSMETIK,SURPRISE DELIVERY DAN LAIN-LAIN
Nama |
:Mazelin Binti Daud |
Umur |
: 35 tahun |
Ahli |
: 2013 |
LATAR BELAKANG
Puan Mazelin Bt Daud mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2012 lagi. Tetapi pada masa itu beliau hanya menjual secara online/dari rumah ke rumah. Kini, beliau telah melebarkan perniagaan dengan membuka sebuah kedai butik yang terletak di Pachakan Kuala Besut.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM700 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelajar yang berdaftar setiap bulan adalah anggaran seramai 10 - 20 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi tentang produk yang dijual di Kedai Anggun Bestari Boutique Café Kini perniagaan beliau agak maju kerana promosi melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1200 - RM 4000.
USAHAWAN KECIL 2 DALAM PELBAGAI PEMBAIKAN BARANG ELEKTRONIK
Nama |
:Mohd Ikhwan Bin Jaafar |
Umur |
: 24 tahun |
Ahli |
: 2009 |
LATAR BELAKANG
En Mohd Ikhwan telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan membaiki telefon sejak tahun 2014 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 20 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Kedai Gadget Fix Kuala Besut. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM400 – RM2000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 50 orang.
CELIK IT
Nama |
:Che Muhammad Khairul Aiman Bin Che Le Mohd |
Umur |
: 15 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Che Muhammad Khairul Aiman merupakan seorang pengunjung yang kerap ke PI. Dia telah mula menggunakan PI sejak 2012. Semasa itu, beliau masih kecil. Sekarang, beliau telah berumur 15 tahun.Beliau merupakan seorang orang kurang keupayaan (OKU) kategori Masalah Pembelajaran dan mempunyai kad OKU. Kini beliau masih bersekolah di SK Kuala Besut di kelas pendidikan khas. Tetapi beliau boleh membaca dan menulis walau tidak berapa mahir.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau selalu ke PI untuk menggunakan computer bersama kawan-kawan beliau pada masa lapang. Beliau selalu menggunakan beberapa aplikasi apabila menggunakan computer di sini.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan aplikasi youtube dan beberapa aplikasi lain.