USAHAWAN KECIL 1 -MENJUAL BARANGAN MELALUI ONLINE
Nama |
:Shezal Helindah Bt Halim |
Umur |
: 38 tahun |
Ahli |
: 2017 |
LATAR BELAKANG
Puan Helindah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2016 lagi.Beliau Menjual produk secara online dan offline (Produk Kecantikan, Produk Kosmetik, kesihatan dan Makanan Kering)
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM300 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 7-20 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform facebook/Instagram/blog untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau.Kini pelanggan beliau telah dikenali ramai di mana mereka mengetahui produk yang diiklanka melalui facebook/Instagram/blog tersebut..Pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM300 – RM800.
USAHAWAN KECIL 2 -MENJUAL BARANGAN MELALUI ONLINE DAN OFFLINE MENJUAL KEK
Nama |
:Nor Maslia Binti Mohamed |
Umur |
: 35 tahun |
Ahli |
: 2015 |
Latar belakang
Puan Maslia telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada akhir tahun 2016
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM80 – RM250 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 10 – 12 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook, Instagram dan juga blog untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM250 – RM700 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 35 orang.
CELIK IT -Nur Alia Humairah Bt Zulkifli
Nama |
:Nur Alia Humairah Bt Zulkifli |
Umur |
: 8 tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Nur Alia Humairah Bt Zulkifli merupakan seorang pelajar tahun 2 di Sek Keb Kuala Besut. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI1M pada usia 6 tahun lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1
Pertama kali dia mengunjungi PI semasa berumur 6 tahun lagi. Pada masa itu, dia memang “BUTA IT” dan tidak tahu langsung menggunakan komputer apatah lagi ingin membuka “on/off” komputer. Dia mula belajar menggunakan Komputer selepas kerap ke PI dan menyertai latihan komputer secara percuma. Daripada situlah dia mula belajar bersama rakan-rakan yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan computer. Kekerapannya menggunakan computer telah menjadikannya mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Walaupun dia baru darjah dua, tetapi dia mampu menggunakan computer dengan melayari internet dengan baik. Dia sering melihat youtube, bermain atas talian dan mendengar lagu. Jika ada masa lapang dia sering ke PI untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.