USAHAWAN KECIL 1 -MENJUAL MAKANAN BASAH IAITU SATA IKAN FROZEN HOMEMADE YANG SESUAI DIBUAT INTI POPIA,SOLOK LADA/BERGEDIL CELUP TELOR DAN SEBAGAINYA.
Nama |
:Wan Rusiah Bt Wan Ramli |
Umur |
: 47 Tahun |
Ahli |
: 2016 |
Latar belakang
Puan Wan Rusilah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2016 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM400 – RM700 sahaja sebulan. Jumlah pakej yang ditempah oleh pelanggan bulanan adalah 12-25 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform facebook /blog /Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan sata ikan frozen homemade.
Kini pelanggan beliau meliputi di seluruh sekitar Kuala Besut /Kg Raja & Jerteh yang mana mereka mengetahui sata ikan yang sedap dan murah melalui facebook/Instagram dan laman blog. Kini, pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 700 - RM 1500.
USAHAWAN KECIL 2 -USAHAWAN ONLINE KOSMETIK DAN KEDAI RUNCIT
Nama |
:HASLINDA BT RAMLI |
Umur |
: 36 Tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Linda telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan secara online pada Januari 2015
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM100 – RM350 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook, blog dan Instagram untuk memperkenalkan produk kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi memperkembangkan lagi produk beliau. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM350 –1500 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 100 orang.
CELIK IT -PATIMAH BT DARUS
Nama |
: PATIMAH BT DARUS |
Umur |
: 69 Tahun |
Ahli |
: 2013 |
Latar belakang
Patimah Bt Darus merupakan seorang pengunjung warga emas. Beliau telah mula menggunakan PI pada sejak penubuhan PI lagi. Jika beliau mempunyai masa lapang, beliau akan berkunjung ke PI untuk mengisi masa lapangnya.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau agak jarang datang ke PI kerana kesihatan yang tidak mengizinkan. Jika beliau sihat dan mempunyai kelapangan, Beliau akan ke PI dan meminta petugas membimbing beliau untuk menggunakan computer seperti mendengar dan belajar mengaji Al-Quran dan alunan zikir.Beliau seorang yang tidak malu bertanya dan rajin belajar perkara yang baru.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai beberapa aplikasi. Daripada situlah, beliau telah banyak belajar dan tahu menggunakan beberapa jenis aplikasi komputer. Beliau sering ke PI menggunakan aplikasi Youtube untuk mendengar ceramah agam, belajar mengaji dan mendengar lagu nasyid.