USAHAWAN KECIL 1 -Munie's Beauty & Spa
Nama |
:Murni Idayu Bt Shafie |
Umur |
: 34 Tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Puan Murni Idayu mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan ini sejak dari 2014 lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM600 – RM1000 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan di salun adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 20 - 30 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan salun/spa kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi salun kecantikan beliau kepada masyarkat setempat.
Kini beliau mempunyai ramai pelanggan dari sekitar Kuala Besut/ Kota Putera/ Jerteh dan Pasir Puteh di mana mereka mengetahui perkhidmatan spa kecantikan ini melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 1500 - RM 5000.
USAHAWAN KECIL 2 -Sinar Marsya Bakery & Pes Tomyam
Nama |
:RAHAYU BT ALI |
Umur |
: 33 Tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Puan Rahayu telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan Restoren 2009 dan kemudian beralih kepada homebaker pada Jun 2010
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM150 – RM500 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 20 – 50 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk pes tomyam kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Pes Tomyam. Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM500 – RM3000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 50 – 200 orang.
Celik IT- Nur Izulaifa Bt Mat Yusof
Nama |
Nur Izulaifa Bt Mat Yusof |
Umur |
11 Tahun |
Ahli |
: 2019 |
Latar belakang
Nur Izulaifa Bt Mat Yusof merupakan seorang pelajar tahun 5 di Sek Keb Kuala Besut. Dia telah mula berjinak-jinak datang ke PI pada usia 10 tahun lagi.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1
Pertama kali dia mengunjungi PI semasa berumur 10 tahun lagi. Pada masa itu, dia memang “BUTA IT” dan tidak tahu langsung menggunakan komputer apatah lagi ingin membuka “on/off” komputer. Dia mula belajar menggunakan Komputer selepas kerap ke PI dan menyertai latihan komputer secara percuma. Daripada situlah dia mula belajar bersama rakan-rakan yang lain.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Daripada mengenal setiap perkakasan dan fungsi computer. Dia sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan computer. Kekerapannya menggunakan computer telah menjadikannya mahir menggunakan tetikus dan papan kekunci. Walaupun dia baru darjah dua, tetapi dia mampu menggunakan computer dengan melayari internet dengan baik. Dia sering melihat youtube, bermain atas talian dan mendengar lagu. Jika ada masa lapang dia sering ke PI untuk mengisi masa lapang dengan berfaedah.