USAHAWAN 1  -PRODUK  KESIHATAN

Nama        

: Othman Bin Mahmud

Umur

: 65 Tahun

Ahli

: 2009

 

Latar belakang

Encik Othman Bin Mahamud mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan Roibos sejak dari 2017 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400  sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang membeli produk beliau adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 10 – 20 orang sahaja.

 Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk kecantikan dan kesihatan kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi produk homebakery beliau.Kini beliau mempunyai ramai pelanggan  dari sekitar Kuala Besut / Kota Putera dan Jerteh di mana mereka mengetahui produk kesihatan Roibos melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 450 - RM 1000.

USAHAWAN  2 ONLINE -PRODUK  KESIHATAN & KECANTIKAN

Nama        

: Wan Nor Hafizah Bt Wan Omar

Umur

: 30 Tahun

Ahli

: 2018

 

Latar belakang

Cik Norhafizah telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan produk kecantikan dan kesihatan bermula pada tahun 2016

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI

 Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM450 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk produk kecantikan dan kesihatan kepada masyarakat umum dan  telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan . Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM450 – RM800 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 50 orang.

Celik IT- Siti Hajar Asyikin Bt  Nawai

Nama        

:Nur Idayu Bt Wan Mahadi

Umur

:32 Tahun

Ahli

: 2013

 

Latar belakang

Nur Idayu Bt Wan Mahadi merupakan seorang surirumah. Beliau telah mula berjinak-jinak datang ke PI sejak tahun 2018 lagi.

Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI1

Pertama kali dia mengunjungi PI kerana membawa anak beliau belajar komputer. Pada masa itu, beliau hanya menemani anaknya sahaja. Beliau hanya melayari internet dengan menonton aplikasi youtube sahaja. Daripada situlah beliau memunyai minat untuk  belajar dengan lebih serius.

Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI

Daripada mengenal asas computer, beliau telah mahir menggunakan aplikasi Microsoft office serta mempelajari cara membuat pendaftaran e-mel peribadi untuk pendaftaran permohonan jawatan dalam SPA.