USAHAWAN 1 - PERKHIDMATAN PERLANCONGAN
Nama |
:Mohamad Aiman Bin Ahmad |
Umur |
: 29 Tahun |
Ahli |
: 2009 |
Latar belakang Encik Aiman Bin Ahmad mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan perkhidmatan pakej pelancongan ke Pulau Perhentian sejak tahun 2017. Manakala menjual produk ikan segar adalah pada tahun 2019. Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM300 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang menggunakan perkhidmatan beliau adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 20 – 30 orang sahaja. Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan perkhidmatan pakej pelancongan ke Pulau Perhentian kepada masyarakat setempat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi pakej ke Pulau Perhentian. Kini beliau mempunyai ramai pelanggan dari pelbagai negeri di mana mereka mengetahui pakej pelancongan ke Pulau Perhentian melalui facebook/page/ Instagram. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 10 000 - RM 15000 |
USAHAWAN 2 - PERKHIDMATAN MENJUAL MAKANAN FROZEN
Nama |
:Norazita Binti Jusoh |
Umur |
: 46 Tahun |
Ahli |
: 2017 |
Latar belakang
Puan Norazita telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan produk kecantikan dan kesihatan bermula pada tahun 2018
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM450 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 30 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan produk produk kecantikan dan kesihatan kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan pelbagai produk kecantikan dan kesihatan . Kini pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM450 – RM1500 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 30 – 50 orang.