USAHAWAN 1 - USAHAWAN ONLINE TUDUNG DEWASA &KANAK-KANAK SECARA ONLINE
Nama |
:Julia Binti Mohamad |
Umur |
: 38 Tahun |
Ahli |
: 2009 |
Latar belakang
Puan Julia mula menceburkan diri dalam perniagaan ini adalah kerana hasil cetusan dan idea keluarganya yang sentiasa memberi sokongan kepada beliau. Beliau memulakan perniagaan ini pada tahun 2018 dan sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM600 sahaja sebulan. Jumlah pelanggan yang membeli produk beliau adalah setiap bulan adalah anggaran seramai 10 – 15 orang sahaja.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform facebook/page/Instagram untuk memperkenalkan produk Himaya kepada masyarakat dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau memperluaskan lagi pemasaran dan promosi Produk Himaya. Kini beliau telah mempunyai ramai pelanggan daripada pelbagai tempat. Kini pendapatan bulanan beliau kini mencecah RM 600 - RM 2000.
USAHAWAN 1 - USAHAWAN ONLINE TUDUNG DEWASA &KANAK-KANAK SECARA ONLINE
Nama |
|
|
Umur |
: 38 Tahun |
|
Ahli |
: 2009 |
Latar belakang
Puan Atikka telah mula berjinak-jinak menceburkan diri di dalam perniagaan produk Keropok Viral Tokma bermula pada tahun 2018 dan sehingga kini.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Pendapatan bulanan beliau hanya sekitar RM200 – RM400 sahaja sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 5 – 15 orang
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau telah menggunakan platform Facebook dan Instagram untuk memperkenalkan Produk Keropok Viral Tokma kepada masyarakat umum dan telah banyak mendapat tunjuk ajar daripada kakitangan PI Kg Pantai untuk membantu beliau bagi mempromosikan Produk Keropok Viral Tokma. Kini, pendapatan bulanan beliau telah meningkat iaitu daripada RM400 – RM2000 sebulan. Jumlah produk/ pelanggan bulanan adalah 15 – 50 orang.
Celik IT-Hazlan Bin Rosli
Nama |
:Hazlan Bin Rosli |
Umur |
:24 Tahun |
Ahli |
: 2009 |
Latar belakang
Hazlan Bin Rosli merupakan seorang ahli Pusat Internet. Beliau telah mula datang ke PI pada usia 12 tahun.
Sebelum penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau mula berjinak mengunjungi PI kerana sering mengikut rakan-rakan berliau. Beliau sering menyertai setiap program yang dianjurkan oleh pihak PI. Kini, beliau juga merupakan salah seorang AJK PI yang sering membantu setiap kali program diadakan. Daripada situlah beliau mempunyai minat untuk belajar komputer.
Selepas penggunaan ICT/ penglibatan PI
Beliau sering mendapat bimbingan daripada kakitangan PI menggunakan aplikasi komputer melalui beberapa kelas/bengkel yang telah disertai di sini. Beliau sering bertanyakan kepada petugas jika ada perkara yang dia tidak faham mengenai aplikasi komputer. Setiap kali ingin mempunyai masalah berkaitan ICT, beliau akan ke PI untuk mendapat bimbingan dan tunjuk ajar daripada petugas. Daripada situlah, beliau telah mahir menggunakan pelbagai aplikasi komputer.