Puan Rahimah Binti Yazid
Pengusaha yang menyediakan Perkhidmatan pelbagai Pakej Pelancongan ke Pulau Perhentian.
Puan Rahimah merupakan seorang pengusaha menyediakan perkhidmatan pelbagai Pakej Pelancongan ke Pulau Perhentian. Beliau merupakan seorang yang kuat bekerja keras dengan bantuan tenaga pengajar dari PEDi Kg Pantai, beliau telah dapat mengembangkan lagi bidang perniagaan pelancongan yang diusahakan secara offline dan untuk menarik pelancong yang berminat untuk memilih pakej pelancongan yang disediakan. Kesan daripada penggunaan media baru sebagai kaedah utama untuk meningkatkan mutu perniagaan, beliau telah mendapatkan sambutan yang hangat.
Puan Rahimah Binti Yazid
Beliau juga mendapat tempahan secara atas talian daripada rakan sosial media beliau. Beliau menyedari bahawa penggunaan internet sangat penting untuk mempromisikan pakej pelancongan serta meningkatkan mutu perniagaannya di samping dapat menambah pendapatan keluarganya. Petugas juga telah memberi banyak bimbingan kemahiran keusahawanan kepadanya.
Pelbagai pakej perkhidmatan pelancongan yang disediakan dengan harga yang sangat berpatutan dan menarik.